Wednesday, February 23, 2011

Tips Ambil Hati Calon Mertua

1. MEMBERI SALAM
Ucapkanlah salam, selamat pagi, petang, malam dan selalu disertakan dengan senyuman bila bertemu calon mertua. Jangan sesekali memanggil calon mertua anda dengan nama/sebutan yang sering dipakai seperti "IBU" atau "AYAH". Selain itu kalau bertemu calon mertua di jalan, jangan lah berpura-pura tidak mengenali mereka. Cuba untuk bersikap ramah dan tanyakan kabar mereka seperti "selamat petang mak cik, sorang je kat sini?". Cara  nie mesti akan membuatkan suasana akan menjadi lebih COOL kan.




2. DARI PERUT TURUN KE HATI
Makanan merupakan satu cara yang dapat menyatukan hubungan anda dengan orang lain mahupun calon mertua. So kalau dah datang rumah nak melawat anak dara mereka tu, bawa-bawakan buah tangan atau sekurang-kurangnya kuih lah. Untuk perempuan yang nak melawat rumah Lelaki pula, cuba bawa makanan hasil masakan anda sendiri. Cuba usahakan makanan yang mereka sukai, pastikan rasa sedap dan bentuk yang menarik. Kalau tak pandai memasak tu, pandai-pandailah beli kat restoren mana-mana, boleh je kan... 




3. SUAP HADIAH
Siapalah di dunia nie yang tak suka diberi hadiahkan? Calon mertua mesti lagi happy sekiranya anda memberi hadiah kepada mereka pada saat atau hari yang sesuai seperti masa ulang tahun mereka atau pada hari raya. Tidak perlu terlalu mahal pun, yang penting barang tu memberi faedah dan dapat digunakan mereka.




4. TUNJUKKAN RASA CINTA ANDA
Kalau dah bercinta dengan anak mereka, so janganlah nak cover-cover malu nak tunjukkan rasa cinta tu depan orang tua si dia. Bukan saya bermaksud anda bebas mencium atau memeluk si dia, cukuplah dengan bercerita dan perlakuan anda. Contoh yang paling senang, ingatkan si dia untuk makan pagi atau malam.




5. TETAP JUJUR
Jika dari awal lagi anda malas mau bertemu calon mertua, lambat laun pasti akan bertemu juga. Calon mertua pasti akan sedar dengan sikap anda yang terpaksa. Misalnya dari segi senyum tawa yang dibuat-buat. So, hilangkanlah perasaan itu walaupun sikap calon mertua yang sangat menyampahkan. Ingatlah, berkat didikan dan cinta orang tua terhadap si dialah yang membuatkan anda tertarik dengan si dia. Anggap jelah anda datang bertemu calon mertua untuk memberi hormat dan rasa berterima kasih kerana telah mendidik si dia dengan baik dari kecil. Lama kelamaan, sikap calon mertua pun akan luntur juga walaupun mengambil masa yang agak lama.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...